Twinkle-twinkle little star,
How I wonder what you are,
Up above the world so high,
Like a diamond in the sky.
Nenek-nenek si bongkok tiga,
Siang malam asyik berjaga,
Mencari cucu di mana ada,
Nenek ku kahwin dengan anak raja,
Cucu-cucu tak dapat lari,
Nenek ada tongkat sakti,
Sekarang nenek nak cari ganti,
Siapa yang kena dia yang jadi.
Ba ba black sheep,
Have you any wool,
Yes sir yes sir thre bags full,
One for the master,
And one for the dame,
And one for the little boy,
Who sit down the lane.
Pejam tak pejam, diam tak diam.. Anakku ku semakin membesar.. Genap 27 Mac 2011 yang lepas maka cukuplah umurnya 2 tahun.. Amanina semakin hari semakin bijak dan semakin petah berkata-kata.. Sekarang dia sudah mampu untuk berkomunikasi dengan sesiapa seperti umurnya 4 dan 5 tahun..
Aku dan mama telahpun berpakat untuk mengadakan majlis kesyukuran dan makan-makan sempena menyambut hari kelahirannya.. Kami menjemput Najwa dan Nazim sekeluarga untuk datang dan meraikan majlis tersebut.. Kehadiran tokma juga membantu kami untuk memeriahkan lagi suasana.. Sebenarnya tokma dah pun sampai hari Jumaat (25 Mac 2011) lagi..
27 Mac 2011 (AHAD)
Pagi..
Maaf sayang.. pagi ini papa sakit kepala!!! Entah kenapa, kepalaku begitu berat dan berdenyut-denyut.. Aku hanya mampu bangun sekejap untuk makan sarapan yang telahpun disediakan oleh tokma, telan panadol dan sambung tidur.. Walaupun begitu kakak begitu riang kerana tahu ini adalah hari yang sangat istimewa buatnya..
Tengah Hari..
E-long (Ayah Long) datang.. Kakak semakin melonjak gembira.. Apa tak nya.. Apa sahaja yang kakak minta, pasti e-long dan bo-long (Mok Long) akan tunaikan.. Aku mula bangkit dari tidur dan sakit kepalaku semakin kurang..
Petang..
Selepas solat Asar, kami mula keluar bersiar-siar sambil mencari kek untuk Harijadi Kakak. Kakak yang begitu aktif sepanjang hari dan bergurau senda bersama tokma dan e-long akhirnya terbuai lena sebaik sahaja memasuki kereta.. haha.. aku kira mungkin kerana kesedapan air-cond kereta menyebabkan kakak dan adam terus tidur.. (maklumlah cuaca hari ini sangat panas). Kami merayau-rayau melihat tapak perumahan yang bakal kami tinggal nanti sebelum ke ECONSAVE Bangi. Mama bercadang untuk menggoreng mi memandangkan kakak amat sukakkannya..
Setelah membeli segala keperluan untuk memasak, kami bergegas ke Secret Recipe untuk mencari kek. Seperti biasa mama akan membeli kek Chocolate Indulgence kerana ia amat digemari oleh semua orang.. Kami tiba di rumah hampir jam 8 malam.
Malam..
Kakak begitu ceria dan asyik meminta kek untuk dimakan.. Mama dan tokma mula sibuk untuk menggoreng mi. Kami menambah lagi hidangan dengan menempah pizza.. Jam 8.45 malam, pizza yang ditempah sudah sampai dan kakak makin melompat-lompat kerana tidak sabar.. hehe..
Jam 9.15 malam, che da, ayah din, along, angah, nazim dan najwa pun sampai.. Kakak bertambah gembira.. Mama mula menghidangkan mi goreng untuk santapan, pizza pun sudah tersedia.. dan mama meletakkan lilin di atas kek.. tanpa disedari, muncul tangan kecil bersama sudu.. zassss.. kek sudahpun dicedok.. haha.. kakak yang begitu tidak sabar telah memotong kek dengan sendiri.. semua orang bergelak ketawa melihat gelagat kakak.. Amanina Sakinah.. Kau telah memotong kek harijadimu sebelum sempat kami menyanyikan lagu untukmu.. Tiada gambar yang dapat dirakam pada malam ini kerana terkejut dengan gelagat kakak.. Akhirnya kami semua terus menikmati makanan sambil bergelak ketawa.. Aku sempat berbisik tentang gambar yang tiada satu pun sempat dirakam.. dan mama hanya tersenyum..
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis kami yang sederhana.. Semoga ada keberkatan daripada ILAHI.. Kepada Amanina Sakinah.. semoga kau akan bertambah bijak dan riang..
Gambar ini dirakamkan pada 20 Januari 2011. Adam begitu ceria walaupun tahu kepalanya akan dibotakkan.. haha..
Alkisah la anakku ini baru dibotakkan kepala walaupun dah bercukur sebulan lebih.. Sebenarnya aku tak berapa konfiden memandangkan kakaknya dulu asyik tengok gunting jer masa aku potong rambut..
Setelah hampir sejam sesi bercukur selesai, maka itu lah hasilnya.. Adam kelihatan gembira dengan fesyen terbaru..
Kehadiran anak kedua aku cukup menggembirakan hati kami sekeluarga. Namun aku tidak sempat menceritakan saat indah tersebut sehingga hari ini. Kutujukan coretan ini buatmu ADAM THAQIF KHAIRUL AZIZI, semoga kau akan mengetahui saat-saat kelahiranmu walaupun tanpa dari bibirku..
Kau telah selamat dilahirkan pada 23 NOVEMBER 2010, jam 10.52 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sama seperti tempat kakakmu dilahirkan. Kelahiranmu sangat senang berbanding kakakmu namun keperitan saat melahirkanmu hanya mampu diceritakan oleh mamamu. Mama mu sudah mengadu sakit perut pada malam sebelumnya. Tetapi berkat ketabahan dan kesabarannya, mama tidak mahu menyusahkan papa pada lewat tengah malam untuk ke hospital. Pada hari kamu bakal dilahirkan, kami sempat menghantar kakakmu ke rumah Mak (Kak Yan @ Bakal pengasuh dirimu) sebelum bertolak ke PPUM. Papa ketika itu amat berdebar-debar kerana terpaksa memandu kereta sejauh 35KM untuk ke PPUM dengan menempuh kesesakan jalan (rutin jalanan pad waktu puncak) dengan mama mu menahan sakit perut. Alhamdulillah.. ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Akhirnya pada pukul 8.30 pagi, kami tiba ke destinasi dalam masa 30minit.
Papa terus membawa mama mu ke tempat yang paling dekat dengan wad bersalin. Malangnya, mama mu terpaksa berjalan seorang diri ke wad pendaftaran kerana papa terpaksa memandu kereta ke tempat parkir. Setelah itu papa bergegas ke tempat mama mu, namun terpaksa menunggu di luar kerana mama mu sudahpun ke dalam wad bersalin.
Tidak sampai sejam papa menunggu, nurse memangil papa dengan nama mama mu. Terkejut dan gembira kerana kamu sudahpun selamat dilahirkan. Setengah jam kemudian, papa dibawa berjumpa mu dan mengazankan ke telinga mu. Betapa sebaknya hati ini kerana kau begitu bersih dan tenang. Sesungguhnya kehadiranmu amat dialu-alukan oleh kami semua. Ketahuilah kamu, ketika itu tiada sesiapa yang menemani kamu kecuali papa dan mama. Berita kegembiraan ini telah papa sebarkan kepada semua orang terutamanya atuk, nenek, tokbah, tokma, dan ramai lagi..
Beratmu 3.47kg (lebih 0.4kg berat dari kakakmu), panjangmu 52cm (4cm lebih panjang dari kakakmu), kau begitu putih dan comel sama seperti kakakmu. Ketika nurse menyerahkan dirimu kepada mama, dia memberitahu bahawa kau akan pantas bercakap. Kami hanya mengia ketika itu, tetapi sekarang ku juga tahu kau pasti akan petah bercakap seperti kakakmu. Kehadiranmu sangat disenangi dan papa amat menyayangi dirimu.
Pada sebelah petang, papa membawa kakakmu dan ayahsu untuk melihatmu. Kakak mu agak terkejut bila melihat kau tersenyum dalam dakapan mama, seperti dia hairan kenapa mama memeluk mu. Setelah beberapa ketika kakak mula gembira dengan kehadiranmu. Ketahuilah sayangku, kau dan kakak adalah adik dan kakak, seperti kembar kerana usia kalian hanya beza setahun. Kalian harus menyayangi antara satu sama lain, bersatu padu dan bertolak ansur dalam semua hal. Kehadiran kalian adalah semangat baru yang bertambah kepada kami terutama mama mu.
Keesokannya, kau dan mama sudah boleh pulang ke rumah. Papa menjemputmu dan mama bersama tokma yang sudah pun sampai pada awal pagi. Kakak begitu ceria dan gembira melihatmu, namun sedikit rasa tercabar kerana kau selalu berdampingan dengan mama.
Hari ketiga kelahiranmu, papa telah ke pejabat pendaftaran negara di putrajaya untuk mendaftarkan nama mu. Sememangnya nama mu telah dipilih sewaktu mama mengandungkan kakakmu. Cuma, kami tidak tahu jantina kamu dan kakakmu sebelum kalian dilahirkan. Berkat persepakatan kami, akhirnya kamu didaftarkan dengan nama ADAM THAQIF BIN KHAIRUL AZIZI yang membawa erti ADAM yang berkebolehan untuk cepat belajar, pintar, bijaksana dan cepat memahami sesuatu. Sijil kelahiranmu dan MYKid mama telah simpan dengan baik untuk tatapanmu kelak.
Hari ke-empat, kita telah berangkat pulang ke kampung, ke rumah tokma supaya kamu dan mama boleh berpantang dengan selesa. Alhamdulillah, perjalanan sejauh 470KM lancar dan kita selamat sampai ke rumah tokma. Kamu disambut dengan meriah oleh tokbah dan seisi rumah. Maka bermula la episod kamu, kakak dan mama menjalani hidup di kampung sementara papa di KL.
Kakak semakin besar dan bijak, dan kamu semakin besar dan sihat. Papa doakan agar kamu dan kakakmu akan menjadi seorang yang sangat hebat pada suatu masa nanti.. Papa sayang kamu.
Pesanan:
Terima kasih kepada warga PPUM kerana memberikan layanan terbaik.
Pejam celik, pejam celik.. lagi sebulan mama akan bersalin.. Aku rasa macam sekejap je.. Tapi mama rasa dah lama sangat.. Mama cakap perbezaan masa nak lahirkan kakak dengan yang baru ni memang ketara.. Dulu masa nak lahirkan kakak tak la rasa sangat nak beranak, xde pula sakit perut sakit kepala.. Baby yang ni selalu je dtg.. Mama pun selalu sakit.. Sakit sampai mama terpaksa habiskan sumer cuti yang ada.. mc xpayah cerita la.. kalau la aku leh tanggung sikit beban sakit tue.. mesti aku dah setuju..
Kadang-kadang orang luar tengok, diorang pn start la bukak mulut.. Aku faham dorang tak faham sangat situasi kami.. tapi janganlah mengata lebih-lebih.. tapi takpe.. aku sentiasa menyokong mama.. sebab aku paling tahu apa yang berlaku..
Semalam mama masuk hospital lagi.. Kali ni kami try pergi hospital serdang.. punya la lama dorang tahan mama nak check itu nak check ini.. last-last mama kena tahan masuk wad pulak.. aisey.. dari pukul 2 ptg lagi aku ngan kakak menunggu mama sampai la pukul 6 ptg baru nk bgth mama kena tahan wad.. yang paling aku sedih, kakak pn nurse xbagi masuk nk jenguk mama.. kata hospital sokong breasfeeding sampai mana ibu sanggup.. tapi nak bagi anak menyusu kejap pn xboleh ker? 5 minit pun xsampai..
sian kakak.. walaupun kakak dah mula faham keaadan kat situ.. tapi kakak still kecik lagi.. tak cecah 2 tahun pun lagi.. takder ke rasa kesian nurse tgk org camni.. ape la.. aku xnk la compare.. kalau nak dibandingkan ngan PPUM, jauh hospital tu lagi best.. kakak leh je duduk ngan mama lama-lama sampai suka.. xkira la mama admit pukul berapa.. kakak mesti ada masa panjang nak hisap susu mama sebelum balik.. nurse pun buat tak kisah je.. bukanlah kami nak komplen.. sedangkan hospital kat kajang pun bg kakak hisap susu mama.. aku pun xtahu la nak cakap ape lagi.. polisi.. polisi.. polisi kalau susahkan orang baik buang jer..
Tentang persiapan baby baru nie.. hampir semua kami dah prepare.. mama memang cekap kalau bab camnie.. memang aku tabik la.. dalm semua benda pun byk mama jugak yang buat.. haha.. aku pun xtahu kat mana pulak peranan aku nie.. yang kelakarnya.. hampri semua kena beli baru.. baju yang kakak dulu pun dah xleh pakai.. kakak memang pakai sepenuhnya.. dulu kakak lambat besar.. sebab tue la kakak leh pakai paju sama ulang-ulang sampai berbulan-bulan.. harap-harapnya baby yang baru ni pun camtue.. kakak pun dah tak sabar nak tunggu adik dia.. sekarang ni kakak dah pandai cakap mana barang dia mana barang baby.. bila sebut je ni baby punye... kakak pun gosok pelan-pelan, pastu cium.. heheh.. mana la kakak belajar semua nie.. thanx to acik yan, sebab jaga kakak macam anak sendiri..
Sekarang ni kami sama-sama berdoa agar ALLAH permudahkan urusan mama dan kami semua.. Semoga apa yang baik itu datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu adalah kelemahan kami sendiri.. Ku amat berharap rumah tangga kami akan lebih berseri-seri.. InsyaALLAH..